Selasa, 6 Disember 2011

Taklid : Persoalan-Persoalan Yang Sering Menjadi Dilema Kebanyakan Muslim

Persoalan-Persoalan Yang Sering Menjadi Dilema Kebanyakan Muslim
Q: Apakah sumber utama islam?
A: Al-Quran dan As-Sunnah.

Q: Bagaimana pula dengan qias dan ijtimak?
A: Betul, kerana qias dan ijtimak menjadikan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai rujukan / sumber, tetapi qias dan ijtimak tidak boleh bertentangan dengan Al-Quran dan As-Sunnah (Hadith).

Q: Bagaimanakah seharusnya bertaklid dgn mazhab atau dengan org berilmu yang boleh dipercayai?
A: Boleh bertaklid, tetapi jika pada satu perkara, jika jumpa hadith shahih yg jelas bertentangan dengan perkara tersebut maka ikutlah hadith tersebut.

Q: Mengapa terdapatnya perbezaan fatwa Imam Safiee (150 – 204 H) dengan hadith Shahih

A: Kerana pada zaman beliau tiada kitab hadith yang telah di-compile sebagaimana adanya sekarang. Imam Bukhari (194 – 256 H) pun adalah generasi selepas beliau. Jadi, beliau mengeluarkan pandangan / fatwa berdasarkan pengetahuan terhadap hadith yang sampai kepada beliau sahaja. Generasi awal islam, hadith-hadith disampaikan menerusi lisan dan hafalan dan yang ditulis hanya dalam bentuk helaian-helaian kecil sahaja. Kemudian ulama-ulama selepasnya seperti Imam Bukhari telah mengambil inisiatif untuk mengumpul dan membukukannya sebagai kitab hadith.



Nota kaki
------------
Imam Safiee 150 – 204 H
Berguru dgn imam Malik selama 20 tahun, kemudian beliau mengajar di Yeman berdasarkan pengetahuan yang beliau perolehi dari Imam Malik. Kemudia berguru dgn murid Imam Abu Hanifah (Muhammad As-Saibani) di Iraq. Melalui pengetahuan yang beliau perolehi dari Muhammad As-Saibani, beliau menukar beberapa pandangan / fatwa beliau sebelum ini dan beliau menulis Kitab Al-Hujjah. Kemudian berguru dengan murid Imam Al- Lais di Mesir. Menerusi pengetahuan yang beliau perolehi di sini beliau menukar beberapa pandangan / fatwa beliau sekali lagi dgn menulis Kitab Al-Umm. Beliau mengajar dan menjadi imam di Mesir seterusnya meninggal dunia di sana.

Imam Bukhari 194 – 256 H
Kitab beliau Shahih Bukhari telah dinilai dan disepakati oleh ulama sebagai kitab hadith yang paling shahih. Ini kerana ketatnya kaedah yang beliau gunakan sebelum menerima sesatu hadith itu sebagai shahih.

Imam Muslim 202 – 261 H
Pernah berguru dengan Imam Bukhari



MOHD ZUHAIDIR ZAINI
B.Sc. Elec. Eng. (Medical Electronic), UTM
M. Edu. Technical & Vocational, KUiTTHO
SPM: SMAR

0 ulasan:

Catat Ulasan