Isnin, 27 Jun 2011

ANTARA PERKATAAN YANG PALING BANYAK DISALAH TERJEMAHKAN DI MALAYSIA: ‘INJEEL’ DAN ‘BIBLE’


Pendahuluan

Dua perkataan yang tersebut di atas sering disalah ertikan oleh masyarakat islam di Malaysia. Penghasilan penulisan ini diharapkan dapat memperbetulkan salah tanggapan tersebut. Kesalahan menggunakan perkataan pada tempat yang betul dan pada maksud yang betul akan menjadikan orang lain salah faham seterusnya menjadikan komunikasi tidak berkesan. Lanjutan dari itu, ilmu tidak dapat disampaikan dan mengelirukan. Begitulah pentingnya penulisan ini, mungkin.

Tujuan

Menerangkan kepada masyarakat di Malaysia dalam kontek da’awah kepada orang islam dan yang ‘masih belum islam’ berkenaan apakah yang dimaksudkan dengan perkataan ‘injeel’ dan ‘bible’ yang sebenarnya, agar mereka tidak salah guna dan tidak salah faham lagi selepas ini hendaknya - inshaAllah.

Objektif

Disini dinyatakan objektif-objektif yang perlu dicapai bagi merealisasikan tujuan di atas:

i. Memberi maksud yang sebenar pekataan injeel dan bible.

ii. Menjelaskan istilah-istilah lain yang berkaitan; New Testament, Old Testament, Torah, dan Psalms.

Penyataan Masalah

Saya sebenarnya merasa kecewa kerana seringkali dihidangkan dengan penggunaan dan terjemahan yang salah apabila;

i. Menonton rancangan berbahasa inggeris di TV setiap kali ‘orang putih’ sebut perkataan bible terjemahan yang keluar adalah injeel. Tetapi apabila orang putih tersebut sebut gospel, terjemahan yang keluar mengekalkannya sebagai gospel. Ini menunjukkan penterjemah tidak faham dan secara mudahnya akan menambahkan lagi bilangan orang yang menerima fakta yang salah dari kalangan penonton.

ii. Mendengar dengan telinga sendiri, orang islam di Malaysia apabila bertutur rata-rata mempunyai pemahaman bible dan injeel adalah memaksudkan benda yang sama.

iii. Membaca penulisan-penulisan dalam ayat-ayat karangan yang menunjukkan perkataan bible dan injeel adalah seerti.

iv. Lain-lain.

Berikutan dari itu, saya terasa terpanggil dan bertanggungjawab untuk menjelaskannya kepada masyarakat.

Apa Itu Injeel Dan Bible

Apabila seorang muslim itu menyebut perkataan injeel, apakah sebenarnya yang beliau maksudkan. Sudah tentu yang dimaksudkan itu ialah wahyu yang Allah swt telah turunkan kepada Nabi Isa as.

“And He (Allah) will teach him ['Iesa (Jesus)] the Book and Al-Hikmah (i.e. the Sunnah, the faultless speech of the Prophets, wisdom, etc.), (and) the Taurat (Torah) and the Injeel (Gospel).”

Quran 3:48

“And in their footsteps, We sent 'Iesa (Jesus), son of Maryam (Mary), confirming the Taurat (Torah) that had come before him, and We gave him the Injeel (Gospel), in which was guidance and light and confirmation of the Taurat (Torah) that had come before it, a guidance and an admonition for Al-Muttaqun (the pious - see V.2:2).”

Quran 5:46

“Then, We sent after them, Our Messengers, and We sent 'Iesa (Jesus) ­ son of Maryam (Mary), and gave him the Injeel (Gospel). And We ordained in the hearts of those who followed him, compassion and mercy. But the Monasticism which they invented for themselves, We did not prescribe for them, but (they sought it) only to please Allah therewith, but that they did not observe it with the right observance. So We gave those among them who believed, their (due) reward, but many of them are Fasiqun (rebellious, disobedient to Allah).”

Quran 57:27

Apabila kita bertanya kepada orang inggeris kristian pula, apakah nama wahyu yang diturunkan oleh Allah swt kepada Nabi Isa as? Jawapan yang akan kita terima ialah samada gospel, injeel, atau evangel. Ketiga-tiga perkataan tersebut adalah sinonim i.e. membawa maksud yang sama. Bukannya bible sepertimana yang disalah terjemah dan disalah faham oleh kebanyakan orang di Malaysia.

“And Jesus went about all Galilee, teaching in their synagogues, and preaching the gospel of the kingdom, and healing all manner of sickness and all manner of disease among the people.”

Matthew 4:23

Perkataan asalnya adalah injeel yang membawa maksud berita gembira. Kemudian perkataan injeel telah diterjemah ke dalam bahasa koine greek sebagai gospel atau evangel yang membawa maksud berita gembira, yang digunakan oleh orang kristian hingga kini.

Jadi macamana boleh terjadi salah faham oleh umat islam di Malaysia? Pendapat saya, kerana salah faham sahaja. Disebabkan Quran mengatakan injeel diturunkan kepada Nabi Isa as, dan Quran juga mengatakan yang kitab-kitab yang terdahulu telah diubah. Umat islam membuat kesimpulan buku agama orang kristian yang ada sekarang, yang dipanggil bible adalah injeel yang telah diubah. Biasanya orang yang mengatakan sedemikian adalah orang yang kurang terpelajar atau yang tidak belajar secara mendalam sahaja. Para sarjana yang mendalami berkenaan bible dia tidak akan membuat kesimpulan mudah tanpa asas, sedemikian.

“Then woe to those who write the Book with their own hands and then say, "This is from Allah," to purchase with it a little price! Woe to them for what their hands have written and woe to them for that they earn thereby.”

Quran 2:79

Sekarang kita lihat pula apa yang dimaksudkan dengan bible itu, atau boleh juga dikatakan sebagai, apabila orang inggeris kristian menyebut bible, apakah sebenarnya yang beliau maksudkan. Apabila orang inggeris kristian menyebut bible yang beliau maksudkan ialah satu koleksi buku-buku yang orang kristian terima sebagai kata-kata atau wahyu Allah.

Sebagai contoh Bible Roman Katholik mengandungi 73 buah buku di dalam bible mereka. Manakala Bible Protestant pula mengandungi 66 buah buku di dalamnya, iaitu 7 buah buku kurang berbanding Bible Roman Katholik.

Perkataan bible berasal dari perkataan koine greekbiblios’ yang bermaksud buku atau kitab (dalam bahasa arab) atau book (dalam bahasa inggeris). Perkataan bible adalah perkataan umum yang hanya membawa maksud buku. Ianya digunakan secara khusus untuk menunjukkan koleksi buku-buku yang diterima oleh yahudi dan kristian sebagai kata-kata Allah.

Sebagai contoh terma ‘Jewish Bible’ digunakan untuk menunjukan koleksi buku-buku yang diterima oleh yahudi sebagai kata-kata Allah. Manakala terma ‘Christian Bible’ digunakan untuk menunjukkan koleksi buku-buku yang diterima oleh orang kristian sebagai kata-kata Allah. Namun begitu terma ‘bible’ sahaja seringkali digunakan untuk memaksudkan Christian Bible.

Setelah kita dapat membezakan kedua-dua perkataan injeel dan bible. Sekarang kita lihat istilah-istilah lain yang berkaitan dengannya.

Istilah-istilah lain yang Berkaitan dengannya.

Selain dari dua istilah utama di atas, terdapat beberapa istilah lain seperti New dan Old Testament, Torah (The Law), Psalms (Songs) yang kadangkala di salah tafsir.

Old dan New Testament adalah istilah orang kristian. mereka menggunakannya untuk membahagikan dua bahagian di dalam bible kristian. Bible kristian atau buku kristian atau kitab kristian seperti dinyatakan di atas tadi adalah koleksi beberapa buah buku. Buku-buku di dalam bible dibahagikan kepada dua (2) kumpulan atau boleh juga disebut bible dibahagikan kepada dua (2) bahagian.

Bahagian yang pertama adalah Old Testament. Ianya adalah buku-buku yahudi yang diterima oleh kristian sebagai kata-kata Allah. Buku-buku yahudi yang tidak diterima oleh orang kristian sebagai kata-kata Allah tidak termasuk di sini. Buku-buku ini juga merujuk kepada buku-buku yang mereka terima sebagai kata-kata Allah yang diwahyukan sebelum kedatangan Nabi Isa as.

Manakala wahyu yang diterima selepas kedatangan Nabi Isa as dipanggil sebagai New Testament. Dengan kata lain sebelum kedatangan Nabi Isa as dipanggil Old selepas Nabi Isa as pula dikenali sebagi New.

Di antara buku-buku di dalam Old Testament terdapatnya buku-buku yang mereka panggil sebagai Torah, kadangkala diterjemahkan sebagai The Law (atau Taurat dalam bahasa arab dan dalam Quran), ada buku yang dipanggil Psalms atau kadangkala dikenali sebagai Songs (atau Zabur dalam bahasa arab dan dalam Quran).

Perlu dingat menurut para sarjana bible yahudi dan kristian (judeo-christian) sendiri, mereka tidak lagi mempunyai walau satu pun buku yang asal. Malah bahasa asal kitab-kitab tersebut juga mereka tidak ada, dan kalu mereka dapat jumpa kitab yang asal pun mereka menghadapai masalah kerana tiada siapa lagi yang faham, dapat membaca, dan menyebut dengan betul bahasa yang telah mati itu[1] i.e. tidak ada lagi manusia yang bercakap / bertutur menggunakan bahasa tersebut. (tidak akan diceritakan secara terperinci di sini)

Mungkin ada beranggapan Torah adalah salah satu buku dalam Old Testament. Penyataan tersebut kurang tepat. Torah adalah lima (5) buah buku yang pertama di dalam Old Testament. Perlu diingat saya hanya menyatakan di sini claim-claim yang dinyatakan oleh orang kristian (ini yg mereka kata), bukannya yang dikatakan oleh Allah dan RasulNya saw, jadi bagaimana seharusnya sikap / pegangan orang islam dalam perkara ini[2]. Kita berpegang apa yang Allah kata dalam Quran. Sebagai contoh kita berpegang yang Torah adalah wahyu yang Allah berikan kepada Nabi Musa as. Begitu juga semua Nabi-nabi sebelum Nabi Isa as juga menerima wahyu dari Allah. Contoh kedua, jika ada ayat dalam bible mengatakan tuhan itu satu (1), kita tiada masalah kerana Quran juga mengatakan Allah itu satu (1). (perbincangan terperinci tentangnya tidak dibincangkan di sini)

Persoalan seterusnya ialah sepatutnya injeel adalah salah satu buku dalam New Testament (sepatunya begitu). Namun, ia tidak begitu kerana didalam New Testament ada empat buah buku yang dipanggil gospel atau injeel. Kenapa jadi begitu?

Penjelasannya begini. Orang Kristian semasa di Rom (kurun ke 4 masihi) mempunyai beribu-ribu injeel yang tiada dua (2) pun yang serupa (identical). Jadi mereka tidak tahu nak putuskan yang mana harus dimasukkan ke dalam bible atau New Testament. Dari beribu-ribu jenis buku tersebut mereka telah memilih empat buah buku yang ke-empat-empatnya tidak 100% sama dan dinamakan sebagai; injeel menurut Mark, injil menurut Matthew, injil menurut Luke dan injil menurut John dan dimasukkan ke-dalam bible. Atau boleh juga disebut injeel adalah empat buah buku yang pertama dari New Testament (atau dengan kata lain injeel Nabi Isa menurut Matthew, Injeel Nabi Isa menurut Mark, Injeel Nabi Isa menurut Luke, dan Injil Nabi Isa menurut John).

Malah menurut para sarjana judeo-christian, kajian arkeologi yang mereka lakukan telah menemui lebih dari 2,000 kitab, dan tidak ada dua daripada yang ditemui adalah identical (tidak 100% sama).

Perkataan Bible di dalam Al-Quran

Disebabkan kita tak faham maksud sesuatu perkataan, kita sebenarnya seringkali menjumpai perkataan bible di dalam Quran tapi kita tak perasan. Bible bermaksud buku, jadi di dalam Quran Allah menggunakan perkataan ‘kitab’ iaitu perkataan arab untuk buku.

Apa yang saya maksudkan di sini ialah terdapat sekurang-kurangnya 41 kali dalam Quran perkataan ahlu al-kitab kita jumpa, yang membawa maksud ‘orang-orang buku’ atau boleh juga diterjemah ‘orang-orang bible’. Siapakah dia orang-orang bible ini, sepertimana yang kita maklum iaitu yahudi dan kristian. Orang yahudi ada bible mereka, orang kristian pun ada bible mereka.

Bible Arab

Sebagai renungan, mari perhatikan contoh-contoh dibawah. Bible inggeris dipangil ‘Holy Bible’ bermaksud kitab suci. Orang arab kristian terdapat lebih 15 juta orang sekarang, mereka ini kebanyakannya telah kristian sebelum kedatangan Nabi Muhammad saw lagi.[3] Majoriti orang arab di seluruh dunia arab sebelum Nabi Muhammad saw adalah arab kristian, arab yahudi (juga masih wujud), dan penyembah berhala yang menyelewang dari agama Nabi Ismail. Orang parsi pula (bukan arab) penyembah api.

Jika kita ambil bible arab kristian yang ada sekarang, ditulis di kulit depannya sebagai ‘kitabu Al-muqaddas’ yang bermaksud kitab suci. Dan empat buku pertama di dalam New Testament ditulis sebagai; Injeelu Al-Markus, Injeelu Al-Matius, Injeelu Al-Lucas, dan Injeelu Al- Yohannas. Tidak ada yang tertulis Injeelu Al-Isa.

Bagaimana pula dengan bible kristian dalam bahasa melayu. Apakah Namanya? Apakah nama empat (4) buku pertama dalam perjanjian baru?

Bible Yahudi

Kita telah membicarakan secara panjang lebar berkenaan bible kristian, sekarang cuba kita berkenalan pula dengan bible yahudi secara ringkas.

Terma ‘Jewish Bible’ adalah terma orang kristian tetapi seringkali digunakan ramai untuk merujuk kepada koleksi (canon) buku-buku orang yahudi. Orang yahudi memangil bible mereka sebagai Tanakh.

Tanakh terbahagi kepada tiga (3) koleksi (canon) buku; Torah, Prophets (atau Nevi'im dalam bahasa Hebrew), dan Writings (atau Ketuvim dalam bahasa Hebrew). Torah sebagaimana di dalam kristian bible mempunyai lima (5) bilangan buku di dalamnya. Prophets mengandungi lapan (8) buah buku di dalamnya dan Writings pula sebelas (11). Menjadi jumlah keseluruhan buku-buku di dalam Tanakh duapuluh empat (24) buah.

Kesimpulan dan Penutup

Maka dapatlah disimpulkan bahawa;

i. Bible = kitab = buku

ii. Injeel = gospel = evangel

iii. Di dalam Old Testament ada Torah, Zabur dan lain-lain wahyu Allah kepada Nabi-nabi yang terdahulu

iv. Di dalam New Testament ada injeel dan lain-lain kitab dari Nabi-Nabi palsu (dajal kecil) selepas Nabi Isa as.

v. Torah = The Law = Taurat

vi. Psalms = Songs = Zabur

vii. Bible Yahudi = Tanakh

Perlu diingat bahawa kitab ini telah banyak berubah. Nak mengembalikan kitab yang asal juga adalah mustahil, kerana kitab yang asal telah hilang dan beribu-ribu kitab kuno yang ada dalam simpanan mereka semuanya berbeza antara satu sama lain. Ini diakui sendiri oleh para sarjana yahudi-kristian sendiri yang mereka sudah tidak mempunyai kitab yang asal.

Kita percaya yang Allah ada menurunkan wahyu kepada semua Nabi-nabi terdahulu sebelum Muhammad saw. Cuma nama kitab sahaja tidak dinyatakan dalam Quran kecuali yang lima (5) i.e. wahyu kepada Nabi Ibrahim, Musa, Daud, Isa, dan Muhammad as.

“And who believe in (the Qur'an and the Sunnah) which has been sent down (revealed) to you (Muhammad Peace be upon him ) and in [the Taurat (Torah) and the Injeel (Gospel), etc.] which were sent down before you and they believe with certainty in the Hereafter. (Resurrection, recompense of their good and bad deeds, Paradise and Hell, etc.).”

Quran 2:4

Semoga dengan terhasilnya nukilan ini terjawablah segala kemushkilan. InshaAllah.

Dan Allah menerima hasil kerja ini sebagai ibadah. Ameen

Mohd Zuhaidir Zaini

Pegawai Peperiksaan

Kolej Komuniti Segamat

Emai: p_lordz@yahoo.com

Bibliographies

  1. E-book, Yusuf Estes, Bible Closer Look.pdf. USA, www.shareislam.com
  2. E-book, Ahmed Deedat, is The Bible God Word.pdf. South Africa
  3. E-book, Rahmatullah Kairanvi (1864). Izhar Ul-Haq (Truth Revealed).pdf.
  4. E-book, (2004). King James Version of The Bible.pdf. www.davince.com/bible
  5. (1986). New International Version of The Bible. Michigan: Zondervan
  6. Video, Yusuf Estes, What is The Bible.flv.
  7. E-book, Dr Maurice Bucaille, The Bible, The Qur’an & Science: The Holy Scriptures Examined in The Light of Modern Knowledge.pdf.
  8. Video, Yusuf Estes and Abdullah Palmer Ex-Discipler [225k].rm.
  9. Video, Yusuf Estes, The Bible.flv.
  10. Video, Yusuf Estes, Who wrote the Gospels.flv.
  11. E-book, Al-Hilalli et al (1404H). Quran Khan.pdf: The Noble Quran with English Translation. Madinah: King Fahd Complex.
  12. http://en.wikipedia.org/wiki/Tanakh

LAMPIRAN A

Bahagian-Bahagian & Buku-Buku di dalam Bible Kristian (atau biasanya hanya dipanggil bible sahaja)

Old Testament

1. Genesis

2. Exodus

3. Leviticus

4. Numbers

5. Deuteronomy

6. Joshua

7. Judges

8. Ruth

9. 1 Samuel

10. 2 Samuel

11. 1 Kings

12. 2 Kings

13. 1 Chronicles

14. 2 Chronicles

15. Ezra

16. Nehemiah

17. Esther

18. Job

19. Psalms

20. Proverbs

21. Ecclesiastes

22. Song of Songs

23. Isaiah

24. Jeremiah

25. Lamentations

26. Ezekiel

27. Daniel

28. Hosea

29. Joel

30. Amos

31. Obadiah

32. Jonah

33. Micah

34. Nahum

35. Habakkuk

36. Zephaniah

37. Haggai

38. Zechariah

39. Malachi

New Testament

1. Matthew

2. Mark

3. Luke

4. John

5. Acts

6. Romans

7. 1 Corinthians

8. 2 Corinthians

9. Galatians

10. Ephesians

11. Philippians

12. Colossians

13. 1 Thessalonians

14. 2 Thessalonians

15. 1 Timothy

16. 2 Timothy

17. Titus

18. Philemon

19. Hebrews

20. James

21. 1 Peter

22. 2 Peter

23. 1 John

24. 2 John

25. 3 John

26. Jude

27. Revelation

Nota;

Ini di ambil dari bible versi King James.



[1] Menurut para sarjana muslim bahasa asal bible ialah ancient Hebrew (ibrani kuno) dan ancient Aramaic.

[2] Mana-mana yang Quran mengiyakan mengenai bible kita muslim juga mengiyakan. Mana yang Quran tolak kita juga tolak. Mana yang Quran diam mengenainya kita juga sebagai muslim perlu diam.

[3] Arab kristian; bertukar kepada agama kristian semnjak zaman jahilliah lagi.

0 ulasan:

Catat Ulasan